Sunday, October 18, 2009

Pendapat Ramai?!

Posted by cik boneca chanteq at 10:22 PM 0 comments
Salam semua. hari ne juz nak berkongsi beberapa contoh
pandangan orang ramai terhadap produk alpha lipid ne. :)

Contoh 1
Eit. kenapa produk alpha lipid ne mahal sangat eh. tak mampu lah beli sampai seratus lebih. kalau sakit pun pergi farmasi atau klinik atau hospital kerajaan. wuwu.

Contoh 2
Produk ne mak saya dah cubelah. tapi tak berkesan pun. tak habis pun lagi setin. ade kat rumah jadi pekasam. haish. boleh percaya ke produk ne? sama je dengan produk2 yang lain. takde beza pun saya tengok?

Contoh 3
Ala, produk ne dahlah mahal satu hal, kena jadi ahli pulak tambah RM50. lecehla. malas arr nak beli kalau cekik darah camni. huhu.

Contoh 4
Rase susu ne apsal tawar sangat eh. rase macam nak muntah pun ade. macam mane nak amalkan minum tiap2 hari kalau nak teguk pun tak boleh. haish.

Contoh 5
Akak, maafkan saya tidak membeli susu ini dengan akak dulu. Tapi, hari ni saya nak belilah memandangkan penyakit darah tinggi dan kencing manis saya semakin teruk. Saya sanggup beli banyak-banyak dengan akak untuk menyembuhkan penyakit saya.


................................................................................................................

Inilah di antara pendapat orang ramai yang saya dengar tentang susu alpha lipid ini. mari saya jawab segala persoalan / rasa musykil terhadap susu ini satu persatu. :)

Contoh 1 : Saya rasa anda silap tentang istilah murah / mahal. Mungkin juga anda jenis yang tidak berfikiran panjang. Cuba anda kira berapa banyak yang harus dibelanjakan setiap bulan untuk menyembuhkan penyakit anda. Jika anda demam sekalipun, anda harus membayar lebih dari RM40 ke atas di klinik. Banyak juga ubat yang terpaksa dimakan terutamanya antibiotik harus dihabiskan dan sebagainya. Sama juga jika anda pergi ke farmasi / hospital kerajaan. Walaupun anda boleh dapat dengan harga yang murah atau percuma, adakah penyakit anda dapat disembuhkan dengan sepenuhnya? Ada tak kebarangkalian untuk ia datang kembali dalam masa yang terdekat? Bagi saya, ada. Sebab saya pun sering mengalami masalah sakit / antibodi yang lemah dan senang sahaja penyakit datang. huu. Dan apabila sakit asyik datang, berapa banyak yang harus anda belanjakan selama sebulan berbanding dengan harga alpha lipid ini? Sama juga seperti anda membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli segala jenis vitamin / suplemen sedangkan jika anda membeli setin alpha lipid ini, ia sudah merangkumi segala jenis vitamin, mineral, dan banyak lagi. Cuba renungkan kembali.

Contoh 2 :Memang saya pernah mendengar ada orang yang sudah mencuba tetapi tidak ada apa-apa perubahan selepas itu. Penyakitnya tetap sama seperti dulu. Mereka kecewa dan memandang enteng kepada keberkesanan susu ini selepas itu. Tapi, saya juga mendengar golongan jenis ini sebenarnya tidak sabar dalam menyembuhkan penyakit mereka. Mengapa saya berkata demikian? Majoriti yang saya dengar berkata, susu mereka ini tidak habis setin pun. Jadi pekasam sahaja di rumah. Malah ada juga yang membuangnya. Tahukah saudara, bahawa ibu saya yang pernah mengalami penyakit sakit lutut telah minum hampir 7 tin susu ini setakat ini? Dan alhamdulillah dengan berkat kesabarannya, penyakitnya telah berkurangan dari semasa ke semasa. Justeru, tepatlah jika saya katakan susu ini bukanlah suatu "magic", minum sahaja sehari, mahu menilai keberkesanannya. Setahu saya, apa-apa produk sekalipun mengambil masa lebih dari setahun untuk melihat keberkesanannya secara menyeluruh. Bukan sehari sahaja. Sila betulkan persepsi anda selepas ini ya. :p

Contoh 3 : Tahukah anda, kami cuma ingin menyenangkan anda kerana apabila anda menjadi ahli, anda akan mendapat diskaun RM30 bagi setiap tin. Laratkah anda ingin membayar RM180 setiap kali anda membeli susu ini setiap bulan? Sudah tentu tidak bukan? Oleh itu, percayalah dengan menjadi ahli di bawah kami sangat menguntungkan anda. Bukan sahaja anda dapat menyihatkan tubuh badan anda, anda juga akan dapat kelebihan yang lain. Jika mahu tahu kelebihan tersebut, cepat-cepatlah hubungi kami dan menjadi ahli. Huhu. :)

Contoh 4 : Setakat ini, orang yang membeli dari kami akan mengatakan bahawa susu ini sedap dan boleh diminum dengan mudah sahaja. Malahan, ada segelintir yang asalnya tidak boleh minum susu, boleh minum susu alpha lipid ini dan mengamalkannya setiap hari. Namun, jika anda memang benar-benar tidak boleh meminum susu ini, kami menyarankan anda minum ia dengan jus buah-buahan. Kami ingin anda tahu, kami tidak akan memaksa pengguna kami menelan apa yang mereka tidak boleh lakukan, sebaliknya kesihatan anda adalah keutamaan kami. Insya Allah. :)

Contoh 5 : Alhamdulillah, anda mempunyai kesedaran untuk mengubati penyakit anda. Namun, tidakkah anda terfikir bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya anda mempunyai kesedaran lebih awal tentang kesihatan tubuh badan anda, sudah tentu alpha lipid ini akan menjadi pilihan awal anda. Namun, keputusan dibuat selepas anda mendapat penyakit. Sudah tentu ia akan menjadi lebih sukar kerana anda akan mengharungi kesakitan itu bersama. Kami benar-benar tidak faham mengapa ramai orang yang harus mengharungi jalan yang susah sedangkan masih terdapat jalan yang senang untuk dilalui? Renung-renungkan dan selamat sembuh dari segala penyakit. Insya Allah. :)


Saturday, October 17, 2009

Harga Alpha Lipid

Posted by cik boneca chanteq at 6:19 PM 0 comments
Harga Alpha Lipid


Ada yang sudah bertanya mengenai harga produk ini. Ok, saya beritahu dari awal lah. :)

Harga 1 tin alpha lipid ini ialah Rm180 bagi bukan ahli.

Manakala, RM150 jika anda telah menjadi ahli.

Untuk menjadi ahli yang berdaftar di bawah Syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd, anda harus membeli dua tin sekaligus dan akan dikenakan bayaran Rm50 sekali seumur hidup.

Maknanya untuk bayaran yang pertama tu ialah Rm350.

Selepas tu, bolehlah anda membeli produk ini dengan harga RM150 bagi pembelian seterusnya.

Untung RM30 bukan? :p

Info!


Penggunaan 1 tin (450 gram) dianggarkan lebih kurang 1 1/2 bulan.

Dianggarkan anda hanya membayar RM 4.00 sehari untuk menjaga kesihatan.

Berpatutan bukan! :)

Apa Kata Mereka?

Posted by cik boneca chanteq at 3:27 AM 0 comments

Cik Nordini, Besut, Terengganu
Pesakit stroke yang telah sembuh

Cara Pengambilan Alpha Lipid

Posted by cik boneca chanteq at 3:22 AM 0 comments
PROSES PEMULIHAN
 

 
Kolostrum Alpha Lipid merupakan makanan tambahan yang bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta ubatan yang lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami reaksi atau tindakbalas yang positif peringkat awal semasa proses pemulihan seperti:
 


BAGAIMANA UNTUK MENGAMBILNYA ?
  • Alpha Lipid dibekalkan dalam bentuk serbuk.
  • Sediakan air mineral / air masak sebanyak 150ml.
  • Masukkan 1 1/2 skup susu Alpha Lipid dan goncangkannya secara melintang dalam bekas yang tertutup.
  • Boleh dicampur dengan susu ataupun jus.
  • Ambil sewaktu perut kosong sebaik-baiknya selepas subuh atau sebagai sarapan pagi.
PESANAN : Jangan gunakan air panas / suam....!
 

Halal atau Tidak?

Posted by cik boneca chanteq at 3:13 AM 0 comments
Adakah ALPHA LIPID™ LIFELINE™ Halal ?

Alpha Lipid™ Lifeline™ telah diikhtiraf HALAL oleh N.Z. Islamic Processed Food Management yang merupakan organisasi yang memberi pengiktirafan kepada produk-produk halal di New Zealand. Pihak JAKIM telah mengiktiraf N.Z. Islamic Processed Food Management sebagai salah satu badan yang yang bekerjasama dengannya bagi menentukan sama ada sesuatu produk itu halal atau tidak.


Oleh itu, anda tidak perlulah ragu-ragu
untuk mencuba produk ini. Selamat mencuba! :)

Kandungan Alpha Lipid

Posted by cik boneca chanteq at 2:52 AM 0 comments
Apa Kandungan ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?


Sumber Vitamin
  1. Vitamin A - Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
  2. Vitamin B1 - Membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
  3. Vitamin B2 - Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan & rawatan katarak serta membantu metabolisme. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Ia juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut, menghapuskan kelemumur, dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.
  4. Vitamin B3 - Diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
  5. Vitamin B6 - Diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
  6. Vitamin B12 - Diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan keletihan, lemah badan, megaloblastic anaemia, sakit mulut dan lidah, kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang serta gangguan mental dan emosi.
  7. Vitamin C - Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
  8. Vitamin D - Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
  9. Vitamin E - Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Sumber Mineral

  1. Kalsium - Penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
  2. Magnesium - Kekurangan magnesium selalunya boleh mengakibatkan kekejangan otot, yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, diabetis, tekanan darah tinggi, dan osteoporosis.
  3. Zat Besi - Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan, badan cepat letih, sakit dada, sukar bernafas, anemia dan lain-lain.
  4. Folic Acid - dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
  5. Biotin - Membantu dalam pertumbuhan sel, metabolisme, diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat, memelihara kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat serta menolong melegakan kesakitan otot.
  6. Potassium - Diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.


Lain-lain Sumber Tambahan

Formula Kompleks Lipid yang Eksklusif dicipta oleh BioActive Technologies iaitu:
  1. Ganglioside GD3
  2. Fosfolipid
  3. Sphingomyelin
  4. Probiotik
Apa Fungsi Kompleks Lipid ?
  • Meningkatkan keberkesanan kolostrum dengan meningkatkan fungsi kolostrum di usus
  • Bertindak untuk meningkatkan pemecahan dan pelarutan Lipid dan meningkatkan bio-perolehan kolostrum
  • Bertindak untuk meningkatkan keberkesanan kolostrum
Apa Fungsi Ganglioside GD3 ?
  • Anti-mikrob
  • Menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria, virus and kulat (yeast)
  • Merangsang tindakbalas imun di usus
  • Menggalakkan pembinaan dan pemulihan minda (otak)
Apa Fungsi Fosfolipid ?
  • Meningkatkan fungsi otak-makanan minda
  • Anti-penuaan-melambatkan penuaan dan lupa ingatan
  • Mengurangkan ketidakstabilan emosi dan mengurangkan tekanan
    Merendahkan paras kolesterol
    Mengurangkan insiden penyakit jantung
    Mengelakkan penyakit hepar (hati)
Apa Fungsi Sphingomyelin ?
  • Anti-kanser
  • Antioksida-mengelakkan penyakit
  •  Anti-penuaan (awet muda)
  • Melawan & merawat penyakit jantung
  • Anti-artritis
  • Melawan bahan toksik (kimia).
Apa Fungsi Probiotik ?
  • Kesihatan bermula di perut.
  • Probiotik adalah bakteria yg baik di usus.
    Fungsi Usus ialah untuk menguraikan makanan dan menyerap makanan.
  • Lactobacillus, Bifidobacterium, Acidophillus.
    Jangkitan Usus punca utama penyakit-Membantu melawan penyakit yang bermula dari usus.
  • Probiotik membantu kesihatan usus.
  • Merangsang sistem imun usus.
  • Memperbaiki penyakit jantung, alahan laktosa, allergi, anti-kanser, jangkitan saluran kencing.
  • Mempertingkatkan penyerapan nutrisi.
  • Kolostrum menyokong kesihatan.
  • Menghalang penyakit dan melawan jangkitan.

Kesam Kolostrum Alpha Lipid

Posted by cik boneca chanteq at 2:32 AM 0 comments
Apa Kesan Kolostrum ALPHA LIPID™ LIFELINE™ ?


  • Mempertingkatkan penyerapan usus
  • Mempertingkatkan fungsi pertahanan badan
  • Meneutralkan jangkitan virus/ bakteria/ kulat
  • Mempercepatkan pemulihan luka tisu
  • Membunuh parasit dalam badan
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan
  • Memperbaiki masalah sembelit
  • Meningkatkan ton kulit dan elastik
  • Menstabilkan emosi dan tekanan
  • Menstabilkan paras gula dalam darah
  • Meningkatkan Keupayaan Minda
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Meningkatkan prestasi fizikal
  • Mengandungi bahan awet muda
  • Mengandungi bahan anti-inflamasi (anti radang)
  • Meningkatkan kesihatan gigi dan tulang

 

Alpha Lipid Besh! Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez